Friday 6 April 2012

Soalan Lazim [FAQ]

1. Apakah Program 1CiTiZEN?

Jawapan: 1CITIZEN merupakan satu program latihan khas yang dibangunkan oleh Prestariang Systems Sdn Bhd untuk memupuk perpaduan negara melalui penggunaan teknologi yang sesuai.

2. Apakah tujuan program ini?

Jawapan:
  1. Untuk membangunkan rasa 'kenegaraan', kerjasama, tanggungjawab dan hak milik kepada masyarakat semasa pengalaman dalam talian digital mereka; 
  2. Untuk 'menyemai' mesej positif di kalangan Belia
  3. Untuk menggalakkan kesukarelawanan dan aktivisme belia; 
  4. Untuk mengintegrasikan milik Malaysia-tanda aras bertaraf global dan Piawaian untuk Pensijilan celik digital.
3. Siapakah golongan sasaran (peserta) untuk program ini?

Jawapan: Peserta adalah terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia sahaja.

4. Berapakah yuran penyertaan untuk program ini?

Jawapan: Tiada sebarang yuran dikenakan kepada peserta program ini (PERCUMA).


5. Berapa lama program latihan ini dijalankan?

Jawapan: Program ini biasanya dijalankan selama dua (2) hari atau 16 jam kredit  bagi setiap peserta. Setiap peserta mestilah memenuhi peratus kehadiran tidak kurang daripada 75 peratus (%) iaitu hanya dibenarkan untuk tidak mengikuti satu (1) modul sahaja.

6. Apakah sijil yang diperolehi diiktiraf oleh badan profesional?

Jawapan: Ya. Peserta akan menduduki satu (1) peperiksaan untuk mendapatkan sijil IC CITIZEN (Internet and Computing Core Certification - IC3) daripada Certiport, Inc. 

7. Bagaimana sekiranya peserta gagal dalam peperiksaan untuk mendapatkan sijil IC CITIZEN?

Jawapan: Pihak penganjur hanya menanggung sekali sahaja pembelian baucer bagi menduduki peperiksaan IC CITIZEN. Peserta yang ingin menduduki peperiksaan ulangan perlu berjumpa dengan penyelaras program 1CiTiZEN di tempat masing-masing.

8. Apakah portfolio?

Jawapan: Portfolio merupakan satu (1) tugasan yang perlu dibuat dan dihantar oleh setiap peserta. Portfolio terdiri daripada sembilan (9) kategori seperti Penulisan Kreatif, Gambar , Persembahan Slide, Blog, Poster, Video/Animasi, Facebook Page, Kategori Terbuka dan Audio/Lagu. Peserta boleh menghasilakn portfolio masing-masing secara individu atau secara berkumpulan.

* Peserta  yang gagal untuk menghantar portfolio tidak akan mendapat sijil penyertaan untuk bengkel tersebut.

Dihasilkan untuk 1CITIZEN
"Produced for 1CITIZEN"

No comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by Program1CiTiZEN.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...